Dengan membuat pendaftaran dan pembayaran untuk mana-mana program, rawatan, atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ibnu Sina Wellness Sdn Bhd, anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa semua pembelian adalah muktamad.
Tiada tempoh bertenang (cooling-off period) diberikan dan tiada pemulangan wang akan dibuat selepas pembayaran diterima, tanpa sebarang pengecualian.
1.2 Pembatalan oleh Penganjur
Ibnu Sina Wellness Sdn Bhd berhak sepenuhnya untuk membatalkan mana-mana program, rawatan, atau perkhidmatan pada bila-bila masa atas apa jua sebab dengan memberikan notis bertulis kepada anda.
Sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak kami, anda hanya berhak menerima pemulangan penuh jumlah bayaran yang telah dibuat, tanpa sebarang faedah.
Anda dengan ini bersetuju bahawa anda tidak berhak untuk menuntut sebarang kos, perbelanjaan, kerugian, kerosakan, atau liabiliti lain terhadap pihak kami yang mungkin timbul akibat pembatalan tersebut. Anda seterusnya bersetuju bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang liabiliti lanjut terhadap anda berhubung pembatalan tersebut.
1.3 Tiada Pemulangan Wang oleh Peserta
Dengan membuat pendaftaran, anda mengakui bahawa anda tidak berhak dan tidak akan menuntut sebarang bayaran balik sekiranya pembatalan dibuat oleh peserta selepas pembayaran dilakukan.
Sebarang permintaan pembatalan oleh peserta tidak akan dilayan dan tidak akan melayakkan peserta kepada sebarang pemulangan wang, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
1.3(a) Penjadualan Semula
Sebarang permintaan penjadualan semula dalam tempoh 24 jam sebelum hari program/rawatan akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak RM99 dan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.
1.3(b) Pembatalan oleh Pihak Ibnu Sina Wellness
Sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak Ibnu Sina Wellness Sdn Bhd, pihak kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk:
- Menawarkan tarikh gantian, ATAU
- Menawarkan produk atau perkhidmatan lain yang setara dengan nilai bayaran yang telah diterima,
dan tawaran tersebut dianggap sebagai penyelesaian penuh terhadap sebarang tuntutan yang mungkin timbul.
1.4 Pemindahan Slot / Tiket
Sekiranya anda tidak dapat menghadiri program, rawatan, atau perkhidmatan yang telah ditempah dan dibayar, anda layak untuk memindahkan slot tersebut kepada individu lain tanpa caj pemindahan, tertakluk kepada syarat berikut:
- Notis bertulis mesti diberikan kepada kami sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh program atau rawatan;
- Notis tersebut mesti mengandungi maklumat penuh individu pengganti;
- Pemindahan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Ibnu Sina Wellness Sdn Bhd.
1.5 Perubahan Tarikh, Lokasi atau Format
Ibnu Sina Wellness Sdn Bhd berhak untuk membuat sebarang perubahan terhadap tarikh, lokasi, atau format program/rawatan sekiranya perlu, dengan memberikan notis yang munasabah kepada peserta.
1.6 Kehilangan Akses Ke Portal Keahlian
Sekiranya langganan ke Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness dibatalkan, tamat tempoh, atau gagal diperbaharui, anda akan serta-merta kehilangan akses kepada semua kandungan dan kemudahan portal
1.7 Terma Langganan & Pembayaran Automatik
Ahli Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjelaskan semua bayaran yang perlu dibayar berkaitan langganan bulanan atau tahunan mereka, selaras dengan Terma ini.
Pada setiap kitaran langganan (bulanan atau tahunan), akaun anda akan dicaj secara automatik mengikut yuran langganan yang dipersetujui, termasuk sebarang cukai yang berkenaan, bagi tempoh langganan seterusnya, berserta sebarang caj tertunggak daripada tempoh sebelumnya (secara kolektif dirujuk sebagai “Yuran”).
Kegagalan anda untuk mengakses, menggunakan, atau memanfaatkan mana-mana kandungan atau kemudahan yang disediakan di dalam Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness tidak melepaskan anda daripada kewajipan pembayaran di bawah Terma ini.
2. Percubaan Percuma (Free Trial)
2.1 Ketersediaan Percubaan
Dari semasa ke semasa, Ibnu Sina Wellness mungkin menawarkan tempoh percubaan percuma atau akses percuma (“Percubaan”). Ketersediaan Percubaan adalah tidak dijamin dan tempohnya mungkin berbeza-beza (contohnya 7 hari, 14 hari, atau apa-apa tempoh lain seperti yang dinyatakan semasa pendaftaran).
2.2 Kelayakan
Percubaan ditawarkan mengikut budi bicara mutlak Ibnu Sina Wellness dan mungkin dihadkan kepada ahli baharu sahaja. Ibnu Sina Wellness berhak untuk menarik balik, memendekkan, atau melanjutkan mana-mana tempoh Percubaan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
2.3 Pengebilan Automatik Selepas Percubaan
Pada penghujung tempoh Percubaan yang dinyatakan, melainkan anda membatalkan langganan sebelum tempoh Percubaan tamat, kaedah pembayaran yang anda tetapkan akan dicaj secara automatik dengan yuran langganan yang berkenaan, termasuk sebarang cukai yang terpakai.
2.4 Tiada Bayaran Balik untuk Percubaan
Sekiranya anda gagal membatalkan langganan sebelum tempoh Percubaan berakhir, bayaran langganan akan diproses dan adalah tidak boleh dikembalikan sama sekali, walaupun anda tidak mengakses atau menggunakan Portal Keahlian sepanjang tempoh Percubaan tersebut.
3. Terma Langganan & Pembayaran Automatik
3.1 Tanggungjawab Pembayaran
Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yuran langganan dan cukai yang berkaitan dengan pelan keahlian yang anda pilih (sama ada bulanan, tahunan, atau pelan lain yang ditawarkan).
3.2 Pengebilan Berulang
Dengan melanggan Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness, anda memberi kebenaran kepada Ibnu Sina Wellness untuk mengenakan caj ke atas kaedah pembayaran yang anda tetapkan secara berulang (bulanan atau tahunan, bergantung kepada pelan keahlian anda), melainkan langganan dibatalkan mengikut Terma yang ditetapkan.
3.3 Kemas Kini Maklumat Pembayaran
Anda hendaklah memastikan kaedah pembayaran anda sentiasa sah, aktif, dan dikemas kini. Kegagalan untuk mengekalkan kaedah pembayaran yang sah boleh mengakibatkan penggantungan atau penamatan akses anda ke Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness tanpa notis lanjut.
4. Akses ke Portal Keahlian & Harta Intelek
4.1 Hak Akses
Dengan keahlian anda di Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness, anda akan diberikan akses kepada kandungan digital eksklusif yang disediakan oleh pihak kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada video pendidikan dan rakaman sesi. Kertas kerja, modul bertulis, dan bahan bacaan. Kandungan berkaitan kesihatan, kesejahteraan, dan pembangunan diri. Sumber sokongan dan kandungan tambahan yang disediakan dari semasa ke semasa
Semua kandungan ini disediakan tanpa caj tambahan selagi keahlian anda aktif dan tertakluk kepada Terma ini.
4.2 Pemilikan & Sekatan Penggunaan
Semua kandungan, bahan, modul, video, kertas kerja, dan sumber yang disediakan di dalam Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness adalah hak milik eksklusif Ibnu Sina Wellness dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta serta harta intelek yang berkaitan.
Kandungan ini hanya dibenarkan untuk kegunaan peribadi ahli yang berdaftar. Tidak boleh dipindah milik, dijual semula, diedarkan, dimuat naik semula, dirakam, dikongsi, atau digunakan di luar Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness. Tidak boleh dikongsi dengan mana-mana individu atau platform lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami
Sebarang penggunaan kandungan di luar keahlian aktif atau perkongsian dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.
Sokongan, bahan tambahan, dan akses khas yang disediakan adalah khusus untuk ahli aktif sahaja.
Sekiranya anda membatalkan keahlian Portal Keahlian Ibnu Sina Wellness atau keahlian anda tamat tempoh atas apa jua sebab, anda akan kehilangan akses sepenuhnya kepada semua kandungan, bahan, dan sumber dalam portal, termasuk tetapi tidak terhad kepada video, kertas kerja, dan bahan sokongan.
Sebarang pelanggaran terhadap seksyen ini boleh mengakibatkan:
Penamatan keahlian serta-merta tanpa sebarang bayaran balik, dan
Tindakan undang-undang sekiranya perlu.
Maklumat Hubungan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Polisi Bayaran Balik ini, sila hubungi kami di: 03-8966 3695